TheSoftBay

Bravo 5

Bravo 5 (filem)    

N/A 77 Min Malay MovieTop Rated

N/A
IMDB: N/A/10 N/A votes

N/A

Malaysia

2250

Report error

Pada tahun 1989, Parti Komunis Malaya sedang merancang untuk menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia.Komunis ini diketuai oleh Komander Lim Yatt (Chew Kin Wah) dan Sidek Tapa (Soffi Jikan).Lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) telah diarah untuk menghalang perkara ini dari berlaku di dalam operasi Bravo V.Leftenan Azri (Remy Ishak) yang baru sahaja berkahwin dengan Aida (Siti Saleha) menjadi ketua kepada empat ahli yang lain,Trooper Karim (Beto Kusyairy), Koperal Morgan (Sashi Tharan),Koperal Ah Chia (Xafier Fong) dan Sarjan Unya (Frank Petterson).

Selepas semakin hampir dengan kubu musuh, Leftenan Azri telah menugaskan Trooper Karim dengan Koperal Morgan manakala Koperal Ah Chia dengan Sarjan Unya. Koperal Morgan menyatakan kesedihan dirinya kepada Leftenan Azri berkenaan kematian ibunya. Sarjan Unya pula telah meningalkan isterinya (Adeline Tsen) yang akan melahirkan anak mereka. Masalah peribadi masing-masing telah diminta untuk diketepikan oleh Leftenan Azri dan fokus untuk pulang dari misi dengan selamat.

Mereka menyerang kubu musuh yang telah menawan dua orang anggota tentera dengan senyap. Ketika Leftenan Azri cuba menyelamatkan tawanan tersebut, Sidek Tapa cuba menyerangnya tetapi digagalkan oleh Trooper Karim.Sedikit pertempuran berlaku ketika mereka keluar dari kubu musuh dan Sarjan Unya telah terkorban.Sidek Tapa pula telah dimarahi oleh Komander Lim Yatt kerana cuai.Bantuan artileri telah mengebom kubu musuh tersebut selepas itu.Komunis bertindak balas dengan menyerang kampung Leftenan Azri dan merogol Aida dan adiknya manakala Haji Manaf (Kuswadinata), bapa Leftenan Azri dan Aida dibunuh.

Komunis terus mengganas dengan menyerang sebuah perkampungan orang asli.Empat anggota komando yang tinggal cuba mendapatkan bantuan tetapi set komunikasi telah rosak. Mereka cuba mendapatkan bantuan pula di perkampungan orang asli tersebut tetapi lambat menyedari bahawa kampung tersebut telah ditawan komunis.Koperal Morgan dan Koperal Ah Chia telah ditawan. Sidek Tapa yang berdendam dengan pengobamam kubu mereka yang terdahulu, telah membunuh Koperal Morgan. Koperal Ah Chia pula telah diseksa oleh Komander Lim Yatt. Ketika sesi seksaan itu berjalan, Koperal Ah Chia berjaya membunuh pengawal peribadi Komander Lim Yatt dan meletupkan sebiji bom tangan. Mereka berdua cedera parah sebelum Koperal Ah Chia menembak Komander Lim Yatt. Sidek Tapa memasukkan Koperal Ah Chia yang nazak, ke dalam sebuah lubang di penjara yang menempatkan tawanan orang asli. Dia mati di situ.

Leftenan Azri dan Trooper Karim menyelinap masuk kedalam kampung itu dna menyelamatkan tawanan yang tinggal.Ketika mereka cuba keluar, Leftenan Azri telah terpijak periuk api.Leftenan Azri cedera parah, tetapi telah diselamatkan oleh Trooper Karim.Leftenan Azri mati ketika mereka melarikan diri dari komunis. Trooper Karim bertembung dengan Sidek Tapa. Mereka bergaduh sebelum Sidek Tapa mati kerana terkena jerangkap samar. Trooper Karim pula pengsan selepas itu.

Kesemua ahli keluarga yang tinggal berkumpul di Tugu Negara untuk memberi penghormatan kepada komando yang terkorban. Trooper Karim yang berkerusi roda, meminta mereka untuk menerima dirinya sebagai ahli keluarga mereka.Mereka semua pun berpelukan.

Credit to : LTTi

ScreenShoot : Bravo 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search Before Request

Join Group For Request

Join Group For Request

Recent Posts

Top Malaysia Movie

Premium Ads

Related movies